shopee tracker
shops / cytron.os / product
Kit RBT Tahun 5 Pagar Keselamatan Lengkap Buku Panduan Maker UNO High Quality STEM Education

Kit RBT Tahun 5 Pagar Keselamatan Lengkap Buku Panduan Maker UNO High Quality STEM Education

Computers & Accessories › Network Components › Others
id 3071470276first seen 28 Apr 2026, 01:56 amlast seen 2h agodetail 21h ago
Latest sold
878
2h ago
Latest price
RM49.00
Rating
5.00 ★
Variants
0

Sold count history

last 90 days

Price range history

last 90 days

Description

⭐️⭐️Note⭐️⭐️
This project kit is designed based on Malaysia Primary School Standard 5 RBT textbook and it is in Bahasa Malaysia, so the description is in Bahasa Malaysia too.

📣📣Want to order in bulk for school? We accept PO/LO too. Chat with us now! 😊

Ini adalah satu kit pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik). Kit ini adalah berdasarkan Projek Pagar Keselamatan yang merupakan salah satu projek dalam subjek Reka Bentuk Teknologi Tahun 5. Kit ini mengandungi komponen-komponen elektronik yang diperlukan untuk para pelajar mula membina projek-projek menarik dengan elemen interaktif seperti bunyi, cahaya dan gerakan. Ianya sesuai untuk pelajar-pelajar belajar tentang pengaturcaraan elektronik, papan mikropengawal, dan peranti 'input/output' menggunakan papan Maker UNO.

Maker UNO ialah satu papan mikropengawal yang berkemampuan untuk menerima input, memproses, dan mengeluarkan output. Para pelajar boleh memuat turun aturcara (program/code) ke dalam papan Maker UNO untuk mengawal peranti elektronik seperti LED, motor servo, dan sebagainya. Maker UNO adalah satu papan mikropengawal serasi Arduino UNO, lengkap dengan LED, pembaz, dan butang yang boleh diaturcara.

Dengan adanya papan Maker UNO dan wayar mikro USB, para pelajar boleh mula memasang dan mengaturcara komponen-komponen elektronik untuk projek pagar keselamatan. Untuk kemudahan anda, komponen-komponen elektronik dan perkakasan yang diperlukan untuk membina projek seperti perintang, motor servo, suis tekan, LED dan sebagainya, juga tersedia dalam kit ini.

⭐️⭐️Nota⭐️⭐️
Projek ini boleh dikuasakan dengan Bank Kuasa (power bank).

Untuk pengetahuan anda, kotak kit ini telah direka khas untuk kegunaan projek pagar keselamatan. Ia mempunyai bahagian yang boleh dipotong untuk memuatkan suis tekan, motor servo, wayar untuk modul lampu isyarat dan juga palang! Menarik, bukan?

⭐️⭐️Nota⭐️⭐️
Kit ini didatangkan dengan komponan-komponan yang belum dipasang, sila rujuk kepada buku panduan untuk pemasangan.

Kit ini juga didatangkan dengan sebuah Buku Panduan Kit RBT Tahun 5 untuk rujukan para guru dan juga pelajar. Panduan lengkap dan berwarna tentang sambungan komponen elektronik dan pengaturcaraan menggunakan aplikasi mBlock akan membantu anda membina projek RBT tanpa perlu bersusah payah!

📩 Email us at [email protected] for technical support 😊
☎️ Call us at 04-548 0668
🚚 Free shipping WITHOUT min. purchase for students & teachers (ONLY applicable on website purchase) 🤩
💻 Visit us at my.cytron.io for more product choices 😊